future nurse, InsyaAllah

نجيحه♥
Follow Dashboard
little bit story
Isnin, 29 Januari 2018 | 0 Coret

Tahun 2018. Lama tak update blog. Actually nak luah perasaan sejak akhir-akhir ni pasal 'sayang'. Aku ada kawan dengan laki hampir 2 tahun dah. Nama dia S. Kiteorang rapat dah, suka sama suka, sayg mmg syg. Apa yang buat aku suka kat dia? Ye dia pandai amik hati, suka buat lawak, suka buat aku senyum. Tapi tulah, sejak akhir akhir ni rasa sakit hati. Sebab aku suka stalk apa yang dia buat belakang aku, dia ada orang lain tak. At the end aku sakit sorang2. Stalk tumblr dia, ig dia. Haih lumrah laki suka perempuan cantik, seksi. Kadang aku fikir, aku ni tak cukup ker untuk dia? Buruk sgt ke aku. Terlintas jgk, aku ni banyak kekurangan ke untuk dia. Mmg nak larang dia daripada tgk orang lain. Tp siapa aku nk lrg. Haha. Aku care kot. Tapi entahlah. Kdg aku nangis sorang2. Aku cuba buat-buat tak kisah, tapi tak kisah aku tu nampak sgt.

Serious, aku kalau sayang orang, aku syg sgt, aku care sgt, aku taknak dia apa2. Act aku susah nak sayang org. Masa dulu ada jugak ramai yg suka aku, cuba nak dekat aku, mengaku suka dekat aku, tapi aku tak ada rasa 'suka,syg' tu. Sampai sekarang pun ada je yg suka, tp aku still tak berminat. Kalau ada pun cuma sekadar berkawan. Yg paling aku terkejut, ada yang tunggu aku sampai sekarang dari tahun 2013 kut. Time tu aku berkawan dgn dia sekejap, cuba nak rapat. Tapi disebabkn aku kena pindah skolah, aku dah tak rapat. Agak terkejut sebab aku ada stalk twitter dia, baca tweet dia, dia still tunggu aku.

Jujur aku mmg ramai kawan laki, tapi satu pun aku tak pernah suka. Suka sekadar kawan.
Dalam tahun 2013 jugak, aku ada kenal jugak dengan sorang lelaki, nama dia F. Bagi aku dia unik dan dia lain daripada kawan lelaki aku yang lain. Dalam diam, dia suka aku. Tp aku tak suka dia. Tp lama-lama dah berkawan, jd suka. Haha. Lama kot nak move on dari dia. Masa birthday aku tahun 2014, dia datang rumah bagi teddy bear. Haha sweet lerr sangat. Tp dengan dia aku amik masa 4 tahun nak move on. Tp kdg aku teringat jugak. Hm. Dia pun dah ada orang lain.
Dulu masa nak tahu dia ada awek, aku pergi stalk fb awek dia guna fb fake kawan aku punya. Adui lawak ja. Dan sekarang awek dia mencari aku, dia mintak explaination kenapa aku buat mcm tu. Itu dulu sahaja. Aku dah tak mcm dulu. Then,kitaorang pun berbaik.

That one day tu, aku buat twitter baru, sebab aku taknak awek dia stalk aku. Kat twitter baru tu aku ada tweet "rindu F, bla bla takleh move on apela"
Aku tweet macam tu sebab aku nak bagi orang lain jeles, dan mengharapkan org (Si S) tu baca tweet aku, tp dia tak baca.
Tengok-tengok, orang lain pulak yang jeles. macam mana la awek si F ni bole jumpa twitter aku. Ah sudah dia pulak kecik hati. Sampai dia berdendam dengan aku. Aku nak mintak maaf tp takut die tak terima pulak. Last-last, si F ni pulak mesej aku kat facebook, mula2 rasa happy la kenapa ni takpernah2 nak dm. Hahah sekali...dia marah aku, dia hina aku, yela nak defend awek dia. Aku nak explain benda yg sebenar pun malas. Dia mintak suruh aku ngaku betul ke aku takboleh move on? Sebenarnya dah. Tp aku cakap belum, dah dia marah2, baik biar dia marah aku terus. Aku terima dia marah aku, tebalkan muka sahaja. Dalam hal ni cuma salah faham je, dorang taktahu disebalik tweet aku tu. Tp mmg salah aku pun, bodoh pergi tweet macam tu. Semua orang bole baca. Then, kiteorang pun mintak maaf. Awek dia still berdendam dengan aku, padahal aku tak usik dia pun. Haha Biar jelah, asalkan dorang bahagia, aku still doakan kebahagiaan dorang.
Tapi tulah, si F ni unik bagi aku dan menarik. Jarang nak jumpa orang macam dia. Semoga kau bahagia.

Back to my story yang first tu, lepas 4 tahun single tu. Aku mmg da rapat sgt dengan si S.
Aku sayang dia, kalau boleh aku nak rasa susah senang dengan dia, sebab aku takpernah rasa, dan aku nak hargai dia sangat. Kdg aku rasa aku yang over terlebih, dia tak pun. Aku tgk dia macam biasa je. Sedih jugak. Kdg nampak serious kdg tak. Aku takut je, takut dia mainkan aku. Nak percaya lelaki pun aku takut. Selalu stalk apa yang dia buat belakang aku. Nasib aku tak pandai hack ig/acc. Tp aku pandai tukar password yahoo. Dari situlah aku stalk dia. Aku stalk ig, tumblr, twitter. Aku kalau dah care, semua benda aku nak tahu. Dia mesej perempuan lain pun aku jeles, dia mesej kawan aku pun aku jeles, dia follow kawan aku pun aku jeles, dia follow perempuan seksi pun aku jeles, biasa lah lelaki kat tumblr tu macam2. Orang selalu cakap,'kalau dah ada awek, dia takkan tgk org lain kalau dia syg kau' ayat ni terngiang2. Haha... Aku yang kuat jeles ke ataupun dia yang tak sayang aku tu aku taktahulah.. Kdg aku pun nangis sendiri..

Kadang diri sendiri rasa giveup nak sayang dia, susah tau nak lepaskan org yg kita syg.. aku cuba tepis perasaan jeles ni tp tulah susah.
Aku tak mudah mcm ni dgn orang. Sejak akhir ni, hati aku sakit, sakit dengan perangai dia dalam diam. Sampai teringat si F, aku suka bandingkan si F dgn si S. Jauh beza. Bg aku F is better than S. Tapi tulah, kdg ada hikmah kita berpisah dan bertemu dgn orang.

Aku cuba taknak putus asa dgn dia. Semoga hati ni tetap dengan orang yang sama, semoga hati ni sentiasa syg dia dn tolong jiha jangan cengeng, you are strong!



Older Post
Polar bear


Assalamualaikum Instagram


Diary About My love Linkies

chat




Google plus

Friends


copyright since 2012-2016