future nurse, InsyaAllah

نجيحه♥
Follow Dashboard
The end 2015
Rabu, 16 Disember 2015 | 2 Coret



Maula yashalli wa sallim daiman abada
A'la habibika khairil khalqi kulihimi
Huwal habibul ladhi turja syafa'atuhu
Likulli haulin minal ahwali muqtahami
Ya rabbi bil mustafa balligh maqashidana
Waghfir lana ma madha ya wasi'al karami

Wahai tuhan kami limpahkanlah shalawat dan salam selalu selama lamanya dan abadi
kepada kekasihMu,
Yang terbaik diantara semua makhluk
Beliau SAW adalah kekasih yang diharapkan safa'atnya dalam segala kesulitan
Dari tiap ketakutan dan bahaya yang datang menyerang.
Wahai Allah demi Al mustofa Muhammad SAW sampaikanlah maksud dan hajat hajat kami
Dan ampunilah dosa dosa kami yang terdahulu wahai yang Maha Luas dan Wahai yang Maha Dermawan..





Alhamdulillah hari ni Allah beri kita nikmat hidup yang sepatutnya umat muslim dan muslimat bersyukur. Sebab apa kita hidup? Sebagai khalifah, taat pada Allah dan ibadah kepadaNya.
Sentiasalah ingat Nabi Muhammad SAW merupakan pemimpin umat islam dengan berselawat keatasnya.

Alhamdulillah juga untuk aku yang semakin meningkat umurnya kan. Kejap je masa berlalu. Aku pun baru je habis SPM 2015 HAHAHA MERDEKA OKAY  :p Tapi mana boleh bahagia sangat kan, kertas aku pun sedang ditanda. Semoga semua penanda kertas SPM aku dan rakan-rakan yang lain lembut hati bila menanda. Macam nak nangis bila dah habis sekolah ni. Yelah aku sekarang ni dah tinggalkan zaman persekolahan aku, zaman KETEREJALAN aku..




5tahun aku sekolah. Aku harap sangat keputusan SPM nanti dapat bahagiakan MakAbah aku. Tu je aku harap. 3 tahun belajar dekat SMK PERMAS JAYA. Aku dapat buktikan kat cikgu, mak abah yang aku boleh berjaya.

2 tahun pulak aku sambung belajar dekat SMS SULTAN ISKANDAR.  Pemindahan aku ke sekolah lain memang tak dijangka. Aku pun taktahu kenapa aku pindah. Mungkin sebab dapat support dari adik beradik, makabah dan cikgu? Tapi seriously aku ni memang budak yang nak kebebasan, tak suka dikongkong. Aku taktahu kenapa hati aku kata 'YEE' untuk belajar dekat sekolah baru. Okay sebenarnya point nak cerita, luah pasal hidup aku kat asramaselama 2 tahun. Hahahahaha JIHA DUDUK ASRAMA! macam tak percaya.






Okay hari first lah masuk sekolah tu, takdelah awkward sangat. Aku ni jenis yang pendiam tak peramah sangat. Aku susah nak berbual dengan orang kecuali orang tu dah lekat dengan aku. Tahulah perangai aku macam ape. Tu lah, lepas seminggu je rasa lain sangat. Aku call mak aku melalak nak balik. Hahhahahaha Seriousla, bila ingat balik rasa bengang pun ada. "Mak nak balik nak balik akak dorm garang" Haha ayat yang paling tak boleh blah. Memang betul pun, akak dorm aku garang. ergh aku pun buat buat suka je lah depan dorang. Kalau budak dorm aku buat majlis ke ape, aku blah pergi surau sebab aku tak ngam dengan akak dorm aku. Tapi adik-adik aku semua baik sangat. Aku taktahulah macammana korang dididik kat situ, Alhamdulillah lah semua hormat senior.

Tapi, sekolah ni buat aku culture shock. Sebab semua budak-budak kat sini pakai tudung labuh, budak perempuan dia semua lembut-lembut, tak macam aku, GANAS. Dorang sangat hormat-menghormati. Paling aku suka, dorang akan baca AL QURAN bila ada masa lapang. Tu memang aku respect gila-gila.



Lepas je seminggu tu, aku cuti dua minggu. Tiba masa untuk bersama keluarga pula. Then, one day tu aku keluar ngan mak, abang pergi belanja, aku ni jenis pakai tudung menyimpang. Aku pun menyimpang la tudung tu macam biasa aku buat. That time, aku rasa macam lain. Sangat lain daripada biasa, kenapa rasa macam ada benda jahat ikut aku. Dia macam rasa tak tenang. Then, aku turunkan tudung tu. Sampailah sekarang tudung tu ke bawah :) Dan aku rasa sangat selesa. Sikit perubahan yang terjadi pada aku. Aku rasa macam ya Allah jahilnya aku selama ni. Aku ada masa silam. dan masa silam tu buat aku rasa berat beban menampung dosa. ya Allah.. sungguh aku hamba yang lemah, hina, kerdil. Alhamdulillah, nikmaat hidayah yang aku dapat. Aku bersyukur sangat.

Okay lepas setahun je habis, result form 4 aku macam belacan. Sumpah teruk. Orang cakap, normal la budak science stream. I know memang susah subjek-subjek ni. Tapi bila usaha semuanya jadi senang. Tapi aku ni sikit malas sebab tu result macam belacan. Hehehe Tapi bersyukurlah sebab tu semua rezeki Allah bagi. So sentiasalah ucap Alhamdulillah.
Tahun 2015 lah banyak ujian yang aku dapat, dengan resultnya lagi, classmate, adik2 dorm, batch junior.Aku pun taktahulah. Buat aku stress gila.



Ahli dorm medicine 1


Walaupun budak dorm aku tu ada buat masalah dekat aku. Aku tetap sayang dorang. sangat sayang :) Tempat aku happy, tempat aku buat bahan ujikaji. Haha Doranglah yang dengar masalah aku kat sekolah.
"""""Untuk adik-adik dorm kalau baca ni... Kakjiha mintak maaf atas segala salah silap akak. Halalkan makan minum akak. Aku selalu makan,guna barang korang tanpa pengetahuan korang, lepastu kutuk korang. sikit-skit je aku kutuk. Hehe Tapi aku sayang korang gila :) Aku mintak maaf sebab tak dapat didik korang dengan sebaiknya, aku mintak maaf dengan perangai aku buat dorm medicine 1 jadi huru hara, dengan perangai aku macam anak gajah hilang bapak.

Terima kasih terima akak dekat dorm medicine 1 tu. Aku marah korang selama ni sampai nangis-nangis sebab nak korang jadi budak yang berguna, baik. Aku taknak korang jadi macam aku, aku ni nakal, jahat. Terima kasih jugak jaga rahsia yang aku ni bawak fon, sampai aku kena aim dengan fraw. Asal jumpa fraw je, kena mintak henfon. Hahahaha Korang memang terbaiklah. Jangan contohi aku.

Untuk adik-adik, dengar je cakap senior, jangan melawan senior. Ingat, setiap yang kau buat kat senior sekarang, kau akan dapat balik. Aku sendiri pernah rasa.Belajar betul-betul, bercinta, cinta jugak. Pelajaran jangan abaikan okay sayang? Hahaha Best of luck in your future semua. Doakan kakjiha dapat straight 11A+ SPM 2015. Terima kasih atas segalanya!"""""""""

Adik dorm. Alice.
Adik form1


Dormate aku yang form 5 asmaul husna, nur aqilah, nadiatul hannan.
Aku paling sayang asamaul lah. Hahahahaha dia lah manusia paling aku benci bila masuk dorm tu. Sebab dia takboleh tengok aku bahagia masa form4. Apapun, tu semua kisah lama. Asmaul suka dengar masalah aku. Dia dah macam adik beradik aku sendiri. dialah tempat aku bergaduh, bergurau, mengeset. Rahsia aku banyak dengan dia.Haha

Nur Aqilah dia ni anak raja. Kaya bolehlakan, semua aku bedal dari dia. Haha ceh takdelah. Dia ni pemurah selalu bagi orang makanan. Dia ni tempat aku bergaduh menjerit, memekik semua lah.

Nadiatul hannan, dia ni anak puteri yang manja sangat, asal nak balik asrama je nangis. yelah anak last, manja ngan mak. Dia lah kawan yang senang untuk aku bahan, nganjing semua, dia suka ketawakan aku bila aku gelak besar. Hahaha
Apapun, korang memang dorm mate aku yang sentiasa menyokong aku, selalu back up aku, tahan dengan perangai aku. Lepas ni, kita dah tak main kejar-kejar dalam dorm, main tutup-tutup pintu, kurung-kurung antara satu sama lain, main pintu kat toilet, jerit-jerit dekat toilet. sedih lahai.
Aku mintak maaf atas segala salah silap aku. Mintak maaf sebab hari-hari terakhir tulah aku pindah dorm edu1. Aku pindah sebab aku nak belajar, bukan sebab lain okay.
Aku doakan kita sama-sama straight A SPM insyaAllah.



Legacy of licentiate 1115

Batch legacy of licentiate 1115. Batch nilah cikgu rosnah berharap dapat ulang lagi kejayaan 5 tahun lepas. Batch nilah diuji dengan tuhan. Bukan senang nak jumpa form5 yang baik dengan junior, tidur sama-sama, baring atas riba, gurau-gurau macam adik beradik. Tapi hormat menghormati junior terhadap senior dah takda. Macam senior ni junior. Tapi batch LOL1115 tetap cool, bagi peluang. Papepun batch LOL1115 dah mintak maaf. Akak n abang form5 sentiasa doakan kejayaan adik-adik junior sms sultan iskandar. Ingat, naikkan nama iskandar, bina ukhwah, jangan bermusuh. Doakan kejayan kami batch legacy of licentiate 1115.

Graduation day



 Moment yang takkan pernah aku lupa, hari graduasi tingkatan 5. Well, hari graduasi kami simple, pakai baju kurung, tudung bawal, kasut prep, baju melayu. Haha Tapi tu semua bukan benda utama yang kami pentingkan. Tapi sebuah "kejayaan" InsyaAllah, kejayaan spm 2015 akan jadi milik warga legacy of licentiate 1115.

Badar

batchmate

classmate


 Okay. this pic in graduation day of legacy of licentiate 1115

5 itqan. Nama kelas aku. Aku sayang kelas ni. Tapi.. kelas aku ada gap hm punca? Disebab kan pengaruh seorang hamba Allah ni je. taknak tuduh siapa-siapa. Tapi ni jadi depan mata aku dan batchmate yang lain.
Geng meja aku dan meja sebelah selalu sangat dipinggirkan. Kiteorang kena nganjing, diajuk, maybe bagi korang tu perkara biasa. Tapi sumpah aku, asilah, aliah, aida, amy sedih sangat dengan keadaan kelas macam tu. Aku tahu budak lelaki takut sangat nak rapat dengan group meja aku sebab SAYAP sangat kan. Pikir aku sayap ke hahahahaha. Sangat lawak. Suka sangat pandang serong dekat budak meja group aku..Tapi apa boleh buat, aku dah bersuara dalam batch, aku taknak kelas kita ada gap, jurang pemisah. Budak kelas lain semua support aku. Jangan tanyalah kenapa aku rapat dengan budak kelas lain, berbanding kelas sendiri. Disebabkan masalah kecil itu sahaja jadi rumit. Payah. Tapi benda ni makin menjadi jadi sampai akhir tahun. Benda ni sangat buat aku sedih. Apa-apa je korang buat sendiri-sendiri, bincang buat baju kelas sendiri je, takpernah nak diajak bincang.





Paling buat aku sedih, masa malam LOL, aku ajak classmate aku selfie tapi semua macam taklayan, yang layan kepala aku certain je budak yang sayap sayap. Paling terkilan, budak lelaki taklayan langsung, sangat terkilan. Sebab tu aku balik awal, puas nangis pikir benda ni. Ingat, apa yang korang buat dekat orang akan dapat balik. Takdir Allah kita taktahu. Nasib baiklah, aida, asilah, chuah pujuk malam tu.
Tapi rasa sakit sangat masih ada lagi. Sedih sangat apa korang buat malam tu.
Pasal birthday mujaa pun, aku taktahulah kenapa aku rasa tak sedap hati malam tu, aku rasa macam dipinggir je budak group aku. Selfie? Hm semua syok sendiri. Tapi aku redha je apa yang korang buat dekat kitaorang. Dalam hati dah sumpah-sumpah Hahahahaha.
 Tapi semuanya aku dah tak kisah. Sebab dah habis sekolah. Hoho Kalau jumpa aku dekat luar lepas ni buat-buat tak kenal aku je kay :p

deskmate

Nak citer sikit pasal budak deskmate aku sikit, alia, aida, amy, muja.
Aliah, dia budak deskmate aku. Dia kawan gosip aku, dia ni sangat cerewet, apa-apa yang kau kutuk pasal orang, aku ye-kan je sebab kawan kan, nak jaga hati. Hehe Aku tahu ramai yang kutuk kau sebab perangai, alah aku pun kutuk sekali, tengok tu senang je aku tambah dosa,  hahaha Allah Allah.. tapi aku tetap terima kau sebagai sahabat aku sebab kau selalu support aku bila aku down. Thanks dok.

Aida. dialah sahabat dunia akhirat aku. Sentiasa ada masa senang dan susah. Aku tahu orang akan pikir aku sayap sebab aku kawan dengan budak tudung labuh? anyway sayap tu maksudnya budak malaikat, alim-alim. Aku cari sahabat macam ni aku berdamping dengan dia sebab aku dah puas bergelumang dengan dosa selama ni. Aku sayang sahabat aku. Dialah yang selalu bagi semangat even aku selalu annoying kan dia, nganjing dia.

Amyra, dia budak yang sangat sayap. Dia selalu tegur aku, 'Jiha lengan nampak' Tapi aku buat dono je. Hahaha tapi aku amiklah tindakan juga tutup gitu. Aku ni dahlah malas nak pakai handsock. Doakanlah aku berubah sikit-sikit. Stokin pun insyaAllah aku mula pakai. Doakan huhuhu. Tapi masa dia nak balik tinggalkan asrama, aku peluk amyra lama gila sebab aku sedih. Siapa lagi sahabat yang nak tegur aku bila aku buat salah, amy je berani tegur aku, yelah aku nilah budak paling kuat memberontak. Seriously, nak nangis time tu. im proud bcause ada sahabat macam ni.

Muja,dia deskmate aku jugak, kadang berbual, layan jelah citer dia. Dia ni kekadang annoying gila, suka sangat mengusik budak kelas. Masa silam dia sama dengan masa silam aku lebih kurang. Takpe, kita sama-sama berubah ke jalan Allah. Maaf salah silap muja sebab guna barang kau tanpa izin. InsyaAllah sahabat dunia akhirat.



Okay yang sebelah kanan sekali tu, nama dia asilah. Dia classmate aku. Dia banyak tolong aku, dia banyakk support aku bila aku sedih. Even orang selalu kecam dia sebab dia BADAR. Yelah badar kan selalu perbetulkan, tegur orang mana yang salah. Tapi, aku tetap respect dekat dia sebagai sahabat aku. Semoga kita jadi sahabat sampai syurga Ameen.


Anyway, dekat asrama tu... semuanya kawan aku. Yang bestnya duduk asrama ni, ukhwah dia kuat sangat sampai taktahu beza mana senior mana junior hehehehehe :p Apapun semua saudara, saudara sesama islam






 Ni dia batchmate perempuan aku a.k.a SAYAP KIRI LOL1115 Hahaaha Dorang ni semua sangat baik, selalu support kawan-kawan yang lain. Dan aku sendiri pun jadi bahan dorang untuk dinganjing, digelak. Yelah, dengan dorang semua aku dah dapat gelaran datin qu puteh, alahai geli je dengar, ni semua wani falah punya pasal. Hahahaha apapun dia tu comel. Kadang geram, tapi kawan kan, semua nak bergurau dengan aku. Alah aku pun nganjing dorang jugak, ingat aku tak kuat ke nak lawan korang ni kan. Haha

Hairin and Akmal Khalidah

Hairin, Akmal Khalidah. Dua orang sayap nilah jadi insan terpenting disaat saat akhir persekolahan dan kita start jadi rapat kan. Kalau aku tak lepak dorm edu 1, memang aku tak rapat la dengan amal. Haha Anyway amal, semoga stay cantik, lawa. Aku adore kau sebab kau lawa!! Untuk Hairin, aku mintak maaf sebab selalu usik kau dengan budak laki paling hot dikalangan lol1115. Hahaha bukan ape, mungkin korang ni sepadan sepanduk bila digandingkan. Terima kasih lah jadi sahabat aku disaat akhir persekolahan. Semoga kita jadi sahabat sampai syurga Allah.

Untuk penolong ketua batch, Nurul Hasifah eah. Betul ke aku eja nama kau ni. Haha Terima lead sayap-sayap kiri. Semoga Allah merahmati hidup kamu.
Terima kasih korang semua yang banyak bantu aku, terima kasih our zinnirah yang kuat memekak tu, terima kasih sebab lead kami. Tanpa korang, kita tak serapat ni. InsyaAllah ukhwah ini akan kekal sepanjang hayat.








Time ni malam berjimba sebab takde junior.

Sahabat

Que, azie, aida, jiha

Layankan je dorang ni.

Dorang yang buat aku happy

 
Que lebih time ni.


Sahabat dunia akhirat, aida

batchmate

Perempuan yang depan tu selalu nganjing aku qu puteh, datin. gelaran datin tu lekat sampai sekarang


annoying face


Lol night. Time nilah classmate taklayan aku ajak selfie huh

Ni si longoi bahan nganjing aku dekat medicine 1


Semua yang aku lalui kat asrama ni sangat mematangkan aku. Buat aku jadi lebih berdikari. Dan merupakan satu penghijrahan diri yang besar dalam hidup aku, daripada taktahu makthurat, jadi tahu. Daripada jahil tentang agama, dapat mengetahui sedikit sebanyak. Daripada tidakpernah rasa minat tentang majlis ilmu, jadi rasa sayang sangat bila tinggalkan majlis ilmu.Daripada jarang sentuh AlQuran, jadi minat untuk membaca setiap hari.  Dengan izinNya aku dapat dekatkan diri kepada Allah. Dapat mengenali apa itu ukhwah. Kehidupan asrama sangat berbeza dengan kehidupan diluar. Mungkin dulu aku liar, memang hidayah Allah kurniakan, tapi kita kena usaha untuk cari hidayah, ubah diri yang tak menentu.

InsyaAllah perempuan LOL sama-sama kita tingkatkan iman ke jalanNya :) dan lelaki LOL insyaAllah keluar 40 hari :p




Okay ni lah budak batch aku time LOLNIGHT. 30 November 2015. Time nie semua happy je lepas habis paper biology. Kenangan dengan batch lol1115 takkan pernah dilupai. Korang memang terbaik :)





Terima kasih sahabat.
Terima kasih warga legacy of licentiate 1115.
Terima kasih 5 itqan
Terima kasih warga medicine 1
Terima kasih warga aspuri desa Assakinah
Terima kasih guru-guru
Terima kasih warga Sms Sultan Iskandar



Tanpa mereka, mungkin aku tak kenal siapa diri aku yang sebenar. Mungkin aku terus sesat dari jalanNya. Semoga Allah Taala berkati hidup korang semua. Buat warga Iskandar, teruskan perjuangan mu adik-adik. Aku wakil LOL1115 meminta maaf atas segala kesalahan batch aku. Untuk warga legacy of licentiate 1115 semoga kita semua kecapi kejayaan SPM 2015. Seemoga Nur Najihah binti Ahmad Akhirdin terus istiqamah dengan penghijrahan dirinya dan berjaya membentuk diri jadi muslimah yang baik, dapat bahagikan MakAbah dan straight 11A+ SPM 2015.



Older Post | Newer Post
Polar bear


Assalamualaikum Instagram


Diary About My love Linkies

chat




Google plus

Friends


copyright since 2012-2016